24 July 2014

20 Tanda Seorang Lelaki Serius Dalam Percintaan

Kerisauan dalam menjalin hubungan pasti di dambakan setiap pasangan. Melihat senyumnya, tawanya dan sentuhannya menjadi sesuatu hal yang sukar dilupakan ketika menjalin hubungan serius. Tapi sejauh manakah seriusnya pasangan anda?



Berikut adalah tanda-tanda seorang lelaki serius dalam menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita:

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan. setuju?

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. huhuhu

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


23 July 2014

Ciri-Ciri Lelaki Gatal


Dalam berbagai manusia hidup di muka bumi ini. konfem bermacam-macam jenis perangai dan gelagat boleh kita tengok. Kali ini aku khususkan untuk golongan lelaki gatal.. he he he. Ramai perempuan tidak suka lelaki gatal.. Mungkin semua tak suka kot.. sama juga untuk perempuan.. Lelaki tak suka perempuan menggatai... lagi buruk kot.. ini ciri lelaki gatal yang sememangnya memudahkan korang mengenali dengan lebih mendalam...

Tak Suka Mandi-  Sememangnya jarang yang tak gatal.. sebab kuman dan bakteria dah berkumpul di kulit dier.. berdaki deerr! Rasa melekit je badan.. Yang ni pakej paling extra sikit.. Gatal serta berbau.. tapi bil air korang kompem jimat! he he.

Suka Menggaru-  yang ni dari jauh korang dah tau die ni lelaki gatal. atau bahasa standard nya.. lelaki yang sedang gatal.. So... Sesape yang suka menggaru.. boleh la tolong garu part-part yang tangan die tak sampai. ha ha.

Badan Ada Tompok-Tompok Merah-  Yang ni kesan kronik nih.. kena bawa jumpa doktor.. kegatalan mungkin hasil dari gigitan nyamuk atau terkena ulat bulu... Ruam pun kemungkinan jugak.. segera berjumpa doktor.. mane la tau kes denggi ker..

Tak Jaga Kebersihan-  kat Rumah dah macam tongkang pecah ... sampah duk berlonggok sampai penuh lalat.. Mane tak gatal.. Persekitaran yang tak sihat... Yang ni sememangnya tak disukai gadis-gadis... Geli!!! eee.

Ha tu la ciri lelaki gatal... Betul la kan.. Baru betul gatal.. Bukan menggatal... Bagi yang menggatal tu... ada ciri-ciri nie juga kot... Sebab tu dier nak menggatal.. hahhahaha

P/S: Menggatal dengan isteri je la.. hihihi

22 July 2014

Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam



kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita . tapi tak de pulak dia tunjuk yang dia suka . atau kita je yang perasan ? hihi . atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal . so , hari ni aku nak share sikit. kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke ? jom baca apa yang aku nak rungkaikan!

Pertama!
manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka . even kita ni nerd atau pemalu yang amat , usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh . kan kan ? hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot . tipu lah ! so kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu , you better watch out . sama ada dia tak puas hati atau dia suka . hahaha . dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita , dia akan cepat cepat pandang lain . ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan .

Kedua!
lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar . sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita . so kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik , ada sebab lettew . tapi bila ada laki lain buli korang , dia akan protect korang .

Ketiga!
diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong . atau bagi apa je yang kita mintak . even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau kita yang mintak , insyaallah dapat . haha . 

Keempat!
tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua . dan di saat kita beria ia menafikan , si lelaki tu boleh buat ilek je . buat tak tahu macam tak ada apa apa . atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je .

Kelima!
si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain . so kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain , atau ape je lah .

Keenam!
bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana , dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.

Ketujuh!
mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.

Kelapan!
selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa .

Kesembilan!
bila korang kutuk dia depan lelaki lain , dia akan jadi sangat marah . tapi dia tak akan sergah korang , dia just diam and bagi jelingan maut je . chewahh . tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.

Kesepuluh!
selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la , dia mesti akan tengok korang balik dari jauh . Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha

Kesebelas!
bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka , dia akan diam je . ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu .

Kedua Belas!
last , bukti kukuh lelaki tu suka korang , bila dah terkantoi yang dia suka anda , dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda . bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik . bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je . dah sah la tu . tapi jangan confuse pulak . ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia . hahaha .
sekian dari aku wan tioman

Gambar Menarik Pulau Tioman:

21 July 2014

Jadual Feri Bulan Ogos 2014


Assalamualaikum, selamat tengahari. 
jadual feri bulan Ogos 2014 sudah pun keluar, yang mane nak bercuti pada bulan Ogos boleh lah merancang percutian anda seawal yang mungkin.
kalau nak masuk Tioman boleh lah call atau sms aku k.
019.294.1683 wan.


61 Tanda Cinta Semakin Pudar (Cuba Check)

Berikut ini saya kongsikan tanda-tanda cinta yang semakin pudar dan telah dipenghujungnya.
Kalau korang punya pasangan ada menunjukkan ciri-ciri @ tanda-tanda seperti dibawah ini. Itu maknanya perhubungan korang dalam tahap bahaya dan harus berhati-hati. Kerana cinta itu bakal punah…. huhu

Cuba check…
  1. Malas angkat telefon
  2. Mula bagi macam-macam alasan
  3. Buat buat macam-macam hal
  4. Asyik-asyik cakap malas, malas, malas…
  5. Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
  6. Mula keluar dating dengan pakaian yg selebet
  7. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
  8. Bila tanya soalan, dia tak jawab & biarkan soalan tergantung tak bertali
  9. Lupa hari jadi
  10. Mula mengelakkan diri dari berjumpa
  11. Mula keluar dengan orang lain
  12. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun tak apa
  13. Ada date, tapi lupa nak datang…bagi alasan lupa la apa laaa
  14. Jawab sms kalau dulu 10 patah, sekarang dah 1 patah. Tu pun ringkasan mcm ‘k’
  15. Dah tak layan macam dulu
  16. Apa kita buat semua tak betul dimata dia
  17. Ada saja kelemahan kita yang dia nampak
  18. Dia nampak kelemahan kita lebih dari melihat kebaikan
  19. Taip sms pun pendek-pendek jer
  20. Bila kita cakap i love u, dia balas ‘emmmmm’ jer
  21. Bila tanya tetibe jer dia nak melenting tak tentu pasal
  22. Bagi alasan kita ni terlalu baik macam malaikat dan tak sesuai dengan dia. Tapi masa mengorat dulu tak perasan pulak diri diea macam setan…huhu
  23. Bila ajak jumpa parent, macam-macam cara dia cuba mengelak
  24. Bila cakap pasal kahwin, dia buat tak serius. Cuba lari dari topik.
  25. Dia dah tak kisah apa jadi kat pasangan
  26. Kita yang beria-ria, tapi dia buat macam acuh tak acuh jer
  27. Susah nak senyum @ gurau @ gelak ketawa dengan kita
  28. Dia beri perhatian lebih pada orang lain…lebih suka kawan-kawan dia dari kita
  29. Dengan orang lain, dia boleh mengaku single
  30. Status kat facebook, dia letak ‘single’
  31. Langsung tak nak ambil tahu pasal kita, buat bodo jer. Dah tak tanya ‘dah makan ke belum?..tak macam dulu
  32. Kalau dulu keluar dating, pegang-pegang tangan. Tiba-tiba, dah tak nak pegang. Rimas katanya. ((Perbuatan pegang tangan awek @ makwe adalah HARAM dalam Islam. Kami nasihatkan, elak buat perkara ini sebelum anda kahwin yer ;) ))
  33. Dulu-dulu pakai baju mesti nak matching, sekarang dah tak nak. Macam budak-budak. Buat poyor jer, katanya.
  34. Buat-buat lupa nak call atau sms kita
  35. Dulu kalau pergi toilet, pastu tak angkat tepon. Sekali check, ada miskol 30 juta kali. Tapi skang, nih ada 1 miskol pun dah cukup baik
  36. Ternampak dia berjalan dengan pompuan lain. Bil tanya, adik angkat jer jawabnya. Dulu-dulu tak tau pun dia ada adik angkat
  37. Kalau makan berdua, dulu kontrol-kontrol. Sekarang buruk lantaknya…huhuhu
  38. Dulu tersepak batu…batu yang salah. Sekarang, kalau tersepak batu, kita yang dipersalahkannya. Awal buta ker apa?, tengkingnya.
  39. Dila kita bercakap, dia pandang pompuan lain
  40. Bila ajak keluar, memanjang jer bagi alasan tak ada duit, sibuk kerja….
  41. Dulu panggil sayang, tapi tiba-tiba dah tukar jadi nama
  42. Sekarang dia dah jarang kontek kita.
  43. Bila kita tanya, dia jawab macam terpaksa je
  44. Sudah mula keluar perkataan BOSAN la, BORING la, TAK BEST la. Duduk rumah, tak keluar lagi best…
  45. Mula mempersoalkan bentuk badan kita…makin berisi lah…terlalu kurus lah…muka pucat lah…macam2
  46. Dulu kalau nak dating, bedezuupp datang…sekarang, ada jer alasan dia….jem lah, ape lah.
  47. Dulu masa gaji selamber jek dia bagitau kita. Sekarang ni, bila tanyea pasal gaji ” weh tu duit saya la….awak sebuk pesal ape??
  48. Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan, sebab nak gi dating dengan kita. Tapi skang tolak ajakan kita nak gi dating sebab nak kuar dengan kawan-kawan katanya.
  49. Dia dah kurang ucapan ‘terima kasih’
  50. Cakap dalam fon pun tak lebih 5 minit. Dulu boleh pula berjam-jam, sampai panas fon.
  51. Bila bercakap pasal jodoh, boleh dia kata “Kalu ada jodoh, ade la. Kalau takde, kita takleh buat ape. Kite hanya merancang.” Dulu, boleh pulak dia kata “walau ape pn badai melanda, nk sehidup semati dengan awak…”
  52. Dulu kalau gi dating dia jemput & hantar balik. Sekarang, kena datang dan balik sendiri.
  53. Kalau call @ sms waktu malam, cepat-cepat dia cakap dah nak tidor. Padahal dok asyik bersms atau tengah tunggu call dari orang lain.
  54. Dulu, kalau gi dating tengok wayang sampai 2 kali sehari… lunch, jalan-jalan, pastu minum petang lak. Sekarang, lepas makan, pastu terus balik.
  55. Dulu-dulu, kalau dia salah, cepat jer dia cakap “Sorry awak”, “Maafkan saya awak”…Tapi sekarang, dah lah tak mengaku salah. Tak pernah minta maaf. Dia boleh salahkan kita lak. Padahal dia yang salah.
  56. Dulu mesti sebelum tidor, dia call kita dulu. Tapi skang, tak pun…alasannya, lupa la, penat la, dah tertidur la.
  57. Dulu asyik nak berkepit jer…pi makan sama, pi kelas sama. Tapi skang, dah rimas nak kuar sama.. seminggu sekali pun susah….nak masa untuk diri sendiri katanya.
  58. Dulu kalau ada kenduri kahwin saper2, cepat jer dia ajak kita. Skang, dia lebih rela pergi sorang-sorang.
  59. Dulu dia wangi selalu, sekarang ni asyik hamis jer bau nya…huhu
  60. Kita dah hantar 10 kali mesej, tapi dia esoknye baru reply!!!
  61. Dulu, bila nak pi mana-mana pun, dia akan bagitau kita. Tanya kita dah makan ke belum. Dia buat apa pun, dia cerita. Tapi skang, langsung takde khabar berita. Dia buat hal dia senyap-senyap. Langsung tak share dengan kita aktiviti dia.

Begitulah 61 tanda-tanda cinta yang semakin pudar. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukuplah korang check yang atas tu dulu. Kalau banyak tanda-tanda tu pada cinta korang, pandai-pandai lah korang bersiap sedia yer. Bersiaplah dari segi jiwa dan emosi sebab nanti korang akan tahu betapa peritnya putus cinta………… huhuhuhuhu


Sedikit tips:

Kalau korang nak tahu pasangan korang betul-betul cinta dan jujur dengan korang, cuba beli beli sim kad nombor lain. Cuba buat sms sesat…beri mesej yg romantik…cakap nak berkenalan ker apa ker. Dalam masa yang sama, korang SMS juga mesej dari henpon nombor lama. Cuba tengok dia ada balas yang mana satu dulu. Kalau dia balas sms nombor baru, ertinya memang betul dia dah boring dan bosan dengan korang. Dia memang tak jujur pada korang. Bye bye sayonara kan jer ngan orang camtu. huhu

sekian dari saya wan tioman

18 July 2014

Baru Ku Tahu Punca Kenapa Ukraine Tersalah Tembak MH17

(Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil)

Ukraine Tersalah Shoot MH17 !


Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.



Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???

Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.

Sekian laporan daripada Wan Tioman 


cc: http://www.viraliyat.com


05 July 2014

Gambar dan Biodata Khaleeda Bustaman l Bakal Isteri TMJ


Ramai yang menerima baik berita gembira dari TMJ, TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan berkahwin dengan wanita pilihan Khaleeda Bustaman pada oktober ini. Difahamkan TMJ yang kini berusia 30 tahun mula berkenalan dengan Khaleeda sejak tahun lalu.


Biodata Cik Khaleeda:

Nama Penuh: Cik Khaleeda Binti Bustaman

Umur: 22

Asal: Taman Sri Gombak, Selangor

Pekerjaan: Masih menuntut di sebuah Universiti

Status: Rakyat biasa

Pekerjaan Ibu Cik Khaleeda: Bekas Penjawat Awam Kuala Lumpur

Tarikh Berkhawin: Oktober 2014


Tahniah buat TMJ dan semoga majlis baginda akan berjalan lancar nanti. 



Categories

Aktiviti dan Cuaca di Pulau Tioman Bulan February 2015 BANJIR BERCUTI KE PULAU TIOMAN Berjaya Air sambung operasi Pulau Tioman BERTENGKAR SUAMI ISTERI CARA LAWAN NAFSU CINTA SEMAKIN PUDAR DUMBA BAY RESORT FERRY SCHEDULE FOR 2015 FERRY SCHEDULE FOR 2016 FERRY SCHEDULE FOR 2017 FERRY SCHEDULE FOR 2018 GADUH MEMANJANG GATAL Januari 2015 Kampong Genting KAMPUNG GENTING KAMPUNG JUARA KAMPUNG MUKUT KAMPUNG PAYA KAMPUNG SALANG KAMPUNG TEKEK KARGO TIOMAN LELAKI GATAL Marine Park MENGGATAL MH17 Terhempas Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman OPEN WATER SCUBA DIVER LICENSE PAKEJ BUDGET PULAU TIOMAN PAKEJ MURAH PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | PERCUTIAN KE LANGKAWI 2014 | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 PAKEJ PULAU TIOMAN MURAH 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN SALANG PAKEJ TERBAIK PULAU TIOMAN PANUBA INN RESORT PELAKON RESORT Perayaan PERCUTIAN PULAU TIOMAN 2014 Perutusan Perutusan Tahun Baru 2015 PULAU PULAU PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN MONSUN PULAU TIOMAN PAKEJ 2014 PULAU TIOMAN PAKEJ BAJET PULAU TIOMAN PAKEJ HONEYMOON PULAU-PULAU MALAYSIA RAKAMAN TV3 DI PULAU TIOMAN RAMADHAN AL-MUBARAK DARI TIOMAN ISLAND Renggis Island SEJARAH PULAU TIOMAN Snorkeling Di Pulau Tioman STAFF RESORT TANDA SEORANG LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN ISLAND TOMOK ISLAND TULAI ISLAND WAN TIOMAN WATERFALL WATERFALL KAMPUNG ASAH