19 December 2016

FERRY SCHEDULE FOR JANUARY 2017 (MERSING - TIOMAN - MERSING)

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar sahabat –sahabat sekalian.
Abang harap anda berada didalam sihat wal afiat.
Siang tadi baru je jadual feri bulan Januari dikeluarkan.
Jadi malam ni abang free boleh la update blog. InsyaAllah mula 2017 abang akan update gambar – gambar kt Pulau dan cuaca di Pulau Tioman nanti.
Apa – apa kowang roger abang la kalau nak masuk pulau.
Call / whatsapp: 019-2941683 abang wan. 

26 November 2016

FERRY SCHEDULE FOR DECEMBER 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Apa khabar semua sahabat, rakan - rakan yang berada jauh ataupun dekat.
Abang doakan kalian berada didalam keadaan sihat  sejahtera. Abang wan sibuk sikit dengan tugasan di Mersing sehingga memerlukan masa untuk update blog ni, dah berhabuk pun .. Abang minta maaf diatas kesulitan ini. kita telah pun berada di penghujung tahun dan yang menjadi perkara biasa pelancong pun sudah tidak kelihatan lagi seperti bulan - bulan yang lain.
Tapi kan, untuk pengetahuan awk - awak semua, pelancong masih ada yang memilih bulan November dan Disember untuk bercuti bersama keluarga, contohnya hari ini ada lebih kurang 50 orang yang masuk pulau untuk bercuti bersama keluarga dan cuaca untuk ketika ini mendung dan ada ombak sedikit. Jadi sedikit ringkasan dan penilaian anda sama ada boleh masuk pulau atau tidak itu bergantung kepada individu sendiri, feri juga beroperasi seperti biasa. Sekian sedikit info dari abang wan buat teman teman pencinta alam. abang tamat disini dengan ucapan wassalam.

16 October 2016

FERRY SCHEDULE FOR NOVEMBER 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING)



Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. 
Apa khabar semua? Abang wan harap semua didalam kesihatan yang baik. 
Pejam celik kita pun sudah ke penghujung tahun. Cukup pantas masa berlalu tanpa disedari blog abang sudah pun berusia 3 tahun. selagi nyawa dikandung badan, abang wan akan cuba sediakan perkhidmatan sebaik mungkin untuk anda semua. dengan usia 3 tahun bukan mudah untuk kita bertahan jika tidak ada kudrat yang baik. kepada yang hantar mesej puji kerana blog abang tempat rujukan, Alhamdulillah abang ucapkan. Untuk pengetahuan anda semua abang wan ni bukannya hebat mane pun nak taip dengan keadaan & masa abang wan yang tidak menentu kadang - kadang abang kat pulau, kadang abang di Mersing. Abang cuba yang terbaik untuk semua. jika ada yang terkurang dari abang, jangan segan tegur dan tunjuk ajar. Kita manusia biasa yang sememangnya memerlukan ajaran dari anda semua. Abang tiada modal nak cakap jadi abang wan nak up sikit jadual bulan November untuk tontonan umum supaya dengan ada blog ini akan menjadi medan rujukan buat semua. akhir kata dari abang, jaga diri baik - baik, jaga rumah tangga baik - baik insyaAllah selamat. 
Wassalam.

15 September 2016

FERRY SCHEDULE FOR OCTOBER 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING)



Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.
Hai, Selamat pagi semua, apa khabar para pembaca semua, diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat dan elok segalanya. Terima kasih kerana  berkunjung ke laman Wan Pulau Tioman. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi berfanas untuk detik ini.
Pagi ni abang wan berkesempatan untuk mengemaskini jadual feri bulan oktober. waktu yang abang up ni adalah tepat dan tiada ragu ragu lagi melainkan ada perubahan yang dibuat terlebih awl dan abang wan akan update sekiranya terjadinya perkara tersebut selagi nyawa dikandung badan insyaAllah abang akan memberi layanan istimewa kepada para pelancong yang bercuti ke Tioman. Sekiranya tuan puan ingin menempah / membeli ticket feri ke Pulau Tioman, jangan terasa segan silu untuk menghubungi saya. Abang wan tidak akan mensia - sia kan mesej, whatapps dan panggilan dari tuan puan. Sekiranya panggilan tuan puan tidak diangkat, jangan putus asa meninggalkan pesanan sms @ whatapps kepada abang dan abang akan membalas dengan kadar yang segera.

11 September 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1437H


Assalamualaikum w.b.t 
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan kita sambut pada 10 Zulhijjah 1437H ini, saya abang wan dan juga bagi pihak seluruh keluarga penduduk Pulau Tioman ingin mengambil kesempatan untuk mngucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam diseluruh dunia terutama di Malaysia. Diharapkan kita dapat mengambil "ibrah disebalik sambutan Aidiladha ini dengan meningkatkan amal ibadah kepada Allah S.W.T, disamping sanggup berkorban untuk memperkasakan lagi aktiviti dakwah diperingkat kawasan rumah masing - masing. Semoga dengan usaha yang dilaksanakan, akan menambahkan lagi keberkatan didalam kehidupkan seharian kita. sekian dahulu dari saya abang wan wakil penduduk Pulau Tioman.

Salam Aidiladha.

14 August 2016

FERRY SCHEDULE FOR SEPTEMBER 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING) & (TG. GEMOK - TIOMAN - TG. GEMOK)


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Apa khabar adik - adik abang - abang disana terima kasih kerana masih setia bersama  www.wanpulautioman.com diharapkan anda semua sihat disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah batuk yang abang wan hadapi sudah kembali pulih hehehe. Abang wan nak share sedikit mengenai ticket ferry. Mengikut data dari abang, rakyat Malaysia yang bercuti ke Tioman sudah memilih untuk membeli ticket ferry secara online bagi mengelakkan ticket kehabisan berbanding membeli pada hari tiba tambah - tambah lagi pada hujung minggu. ada pelancong yang kecewa apabila tiba di jeti terlebih awal dan apabila mendapat tahu ticket sudah abis dijual. Ticket feri macam pisang panas, berebut juga macam nak beli ticket bola. Abang wan nasihatkan pastikan tuan puan membeli tiket terlebih awal bagi mengelakkan kehabisan tiket dan terpaksa menunggu ber jam jam di jeti. sekian dari abang wan.. jika ingin membeli tiket feri boleh lah hubungi abang wan di 0192941683, jika abang tidak menjawab call, sila tinggalkan pesanan di whatsapp ye.. nak tanya cuaca pun boleh.. abang wan akan melayan semua panggilan dan pesanan jangan sombong ok.. tidak baik Tuhan marah ... senyum sikit.. muah!

13 July 2016

FERRY SCHEDULE FOR AUGUST 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING) & (TG. GEMOK - TIOMAN - TG. GEMOK)



Assalamualaikum, 
Salam Aidilfitri & Salam Syawal buat semua teman -teman yang berada di serata pelusuk dunia. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita berjaya berpuasa sebulan. Jadual feri abang baru je  dapat semalam, agak kepenatan semalam tidak sempat nak update pada hari yang sama.
untuk jadual feri dari Tg Gemok nanti abang akan update kemudian ye. 2, 3 hari ini abang pening kepala, batuk-batuk sikit suara pun serak sangat. abang perlu ambil masa sikit untuk pulihkan keadaan, andai teman teman call ada dengar suara mcm amy search tu maaf banyak - banyak tau. 
Untuk pengetahuan semua rakan - rakan & teman - teman, cuaca di Pulau Tioman amat dalam keadaan baik, berangin sejuk - sejuk pada sebelah malamnya. sesuai untuk kepada sahabat-sahabat yang berkeluarga membawa anak berehat di Pulau Tioman.
Seandainya tuan puan ingin membeli tiket feri ke Pulau Tioman, boleh membelinya dengan abang sendiri. 
Abang wan menyediakan pembelian melalui talian online bagi memudahkan sahabat - sahabat yang tidak mahu risau masalah tiket kehabisan. Sahabat - sahabat boleh klik link dibawa untuk membeli.


Selepas tuan puan selesai membuat pembayaran sila:
1. Isi Form
2. Lampirkan Resit Pembayaran
3. Tuan puan akan menerima confirmation letter dari abang
*seandainya seat feri sudah penuh pada tarikh & waktu yang di pilihan, abang wan akan hubungi dengan kadar segera untuk memaklumkan (mohon isi number telephone aktif yang betul)

Pada hari tuan puan masuk pulau (sila tiba 1 jam 30 minit awal):
1. Jumpa di jeti depan kaunter no-5 (jeti Mersing)
2. Terima Ticket
3. Register nama dengan syarikat feri
4. Beli ticket Marine Park & Sultan Iskandar tax (hanya pengguna jeti mersing sahaja)
5. Ambil boarding pass di kaunter yang disediakan
6. Belayar ke pulau tioman.

11 June 2016

FERRY SCHEDULE FOR JULY 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING) & (TG. GEMOK - TIOMAN - TG. GEMOK)



Assalamualaikum, salam sejahtera
Alhamdulillah sudah enam hari kita berpuasa, hari ini abang wan nak share jadual waktu feri ke Tioman Island. 
 Seandainya tuan puan ingin membeli tiket feri ke Pulau Tioman, boleh membelinya dengan abang sendiri. 
Abang wan menyediakan pembelian melalui talian online. Tuan puan boleh klik link dibawa untuk membeli.
Selepas tuan puan selesai membuat pembayaran sila:
1. Isi Form
2. Lampirkan Resit Pembayaran
3. Tuan puan akan menerima confirmation letter dari abang
*seandainya seat feri sudah penuh pada tarikh pilihan, abang wan akan hubungi dengan kadar segera untuk memaklumkan (mohon isi number telephone aktif yang betul)
Pada hari tuan puan masuk pulau (sila tiba 1 jam 30 minit awal):
1. Jumpa di jeti depan kaunter no-5 (jeti Mersing)
2. Terima Ticket
3. Register nama dengan syarikat feri
4. Beli ticket Marine Park & Sultan Iskandar tax (hanya pengguna jeti mersing sahaja)
5. Ambil boarding pass di kaunter yang disediakan
6. Belayar ke pulau tioman.

06 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 2016 DARI TIOMAN ISLAND








Assalamualaikum, salam sejahtera & selamat pagi
apa khabar semua? diharapkan semua dalam keadaan sihat & afiat.
Abang wan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, selamat berpuasa & selamat mengandakan ibadah sunat pada bulan Ramadhan.
hari ini adalah hari pertama kita berpuasa, tidak makan & menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang. Abang wan nak share sikit gambar sekitar Masjid Jamek di Tekek. Alhamdulillah mendapat sambutan dengan baik dari pelbagai usia. Akhir kata dari abang wan, mohon maaf seandainya ada salah dan silap semoga kita diberkati & diredhai Allah.

16 May 2016

FERRY SCHEDULE FOR JUNE 2016 (TG. GEMOK - TIOMAN - TG. GEMOK) & (MERSING - TIOMAN - MERSING)

(Mersing-Tioman-Mersing)
(Tg Gemok - Tioman - Tg Gemok)
Assalamualaikum & selamat malam. Abang kembali ke udara blog ini untuk meng-update jadual feri bagi bulan Jun 2016. Seandainya tuan puan ingin membeli tiket feri ke Pulau Tioman, boleh membelinya dengan abang sendiri. 
Abang wan menyediakan pembelian melalui talian online. Tuan puan boleh klik link dibawa untuk membeli.
Selepas tuan puan selesai membuat pembayaran sila:
1. Isi Form
2. Lampirkan Resit Pembayaran
3. Tuan puan akan menerima confirmation letter dari abang
*seandainya seat feri sudah penuh pada tarikh pilihan, abang wan akan hubungi dengan kadar segera untuk memaklumkan (mohon isi number telephone aktif yang betul)
Pada hari tuan puan masuk pulau (sila tiba 1 jam 30 minit awal):
1. Jumpa di jeti depan kaunter no-5 (jeti Mersing)
2. Terima Ticket
3. Register nama dengan syarikat feri
4. Beli ticket Marine Park & Sultan Iskandar tax (hanya pengguna jeti mersing sahaja)
5. Ambil boarding pass di kaunter yang disediakan
6. Belayar ke pulau tioman.

02 May 2016

SNORKELING TRIP TO TELUK GENTING & PASIR PANJANG AT TULAI ISLAND | 01 MAY 2016

Korang tengok, air clear teruk punya
Pelancong sedang memberi makanan roti pada ikan
ha... nampak tak ikan kecil-kecil banyak tu
selfie satu
hansem tak?
Assalamualaikum w.b.t, selamat malam.
apa khabar semua pelawat-pelawat yang menjadikan blog abang wan
sebagai rujukan. Abang wan mohon maaf kerana sudah lama tidak update, biasalah kan bila dah keje macam ni, bukan ada masa untuk meng-update blog, betul tak? apa pun abang wan ingin mengucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca coretan abang wan yang sangat ringkas. Gambar diatas abang rakam pada 01 mei 2016 yang lalu. Sharelah pada kawan-kawan atau saudara mara blog abang wan. Satu lagi jika tuan puan ingin membeli tiket feri dari Mersing / Tg gemok boleh lah menghubungi abang wan.
Jika tuan puan sudah membuat pembayaran ke acc abang wan, mohon sangat-sangat untuk mengisi borang tempahan tersebut, kerana nanti details yang di isi abang wan akan terima. Abang wan akan menghubungi tuan puan melalui email @ number telephone yang telah diisi.
Mohon Like FB abang wan sekali ya
Pakej Pulau Tioman (original) / https://www.facebook.com/tiomanislandoriginal/
FB diatas 100% diuruskan oleh abang wan & rakan yang lain.
Mohon lawati juga satu lagi website abang wan
Terima kasih & selamat malam

25 April 2016

FERRY SCHEDULE FOR MAY 2016 (TG. GEMOK - TIOMAN - TG. GEMOK) & (MERSING - TIOMAN - MERSING)

(Tg. Gemok - Tioman - Tg. Gemok)
(Mersing - Tioman - Mersing)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
apa khabar kawan-kawan, sahabat semua serta pembaca setia abang wan.
dikesempatan ini abang wan ingin memohon maaf seandainya ada waktu yang abang wan tidak sempat menjawab call tuan / puan yg menghubungi abang wan. Tidak terdekit untuk tidak menjawab panggilan tuan / puan pun, tapi mungkin ketika itu hanfon cikai abang tidak bersama abang. Kalau tidak menjawab tu tuan / puan boleh la meninggalkan pesanan melalui sms / whatsapp / telegram atau email. abang wan akan menjawab seberapa segera pesanan yg ditinggalkan tersebut. Tuan / puan yang abang wan sayangi, diatas abang wan upload jadual feri bagi bulan May 2016, tujuan abang upload untuk kemudahan bersama. blog ini adalah ruang terbaik untuk tuan / puan merujuk jadual waktu feri atau ape ape yang berkaitan. insyaAllah abang akan mengemaskini blog ini jika ada kekurangan pada entry abang. Jika tuan puan nak beli tiket feri boleh lah membuat tempahan bersama abang, dan abang sedia berkhidmat untuk tuan / puan sekalian semua. sehingga disini sahaja dahulu dari abang wan yang tidak seberapa ini. Salam sayang dari abang wan tioman. 
uploaded: Abang Wan
email: tiomanwan@gmail.com
no tel: 0192941683

24 March 2016

CAFE ALA-ALA BRITISH

Assalamualaikum
Selamat petang. Apa khabar semua rakan-rakan serta sahabat handai, bertemu kita kembali di petang khamis. betapa cepat masa berlalu kan? minggu-minggu berlalu, terasa macam semalam baru hari isnin.
Sebelum ini abang wan banyak upload gambar snorkeling trip, bukan tidak sudi upload gambar akan tetapi abang memang dah lama tidak guide guest untuk trip snorkeling tu. banyak melepak aje sekarang ini. insyaAllah ada masa nanti abang wan akan upload, diharapkan tuan puan support abang sikit ya. Terlanjur berbicara mengenai snorkeling abang nak promote kedai member sikit. kalau datang ke Kg Genting mai ler lepak cafe membe abang wan ini. Cafe ini baru je open minggu lepas. tak sempat nak upload lah maklumlah line slow tau kt pulau. kena keluar ke Mersing baru dapat update. LE'PARK CAFE ni ada jual macam-macam yang panas dan ais blended serta air panas. Sebenarnya cafe ni di ubah suai reka bentuk ala-ala british, kalau kt Kg. Genting, LE'PARK CAFE ini lah satu-satunya cafe ala-ala british. Sekian dari abang wan dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca story abang. 
uploaded by Abang Wan
date: 24 March 2016
Lokasi: atas kerusi buruk

17 March 2016

FERRY SCHEDULE FOR APRIL 2016 (TG. GEMOK - TIOMAN - TG. GEMOK) & (MERSING - TIOMAN - MERSING)

 (Tg. Gemok - Tioman - Tg. Gemok)

(Mersing - Tioman Mersing)

Assalamualaikum. Apa khabar semua semua pembaca setia blog abang yang dikasihi. Satu minggu ini cuti sekolah abang memang tersangat sibuk dengan urusan pelancong keluar masuk. kadang tu makan pun tidak sempat, tapi apakan daya tugas kita kan kena lah terima seadanya. Untuk pengetahuan semua cuaca di pulau Alhamdulillah baik. rasanya takde ape dah abang nak bagi tahu. kalau awak-awak nak tiket feri boleh call / whatsapp abang ok.. abang jual tiket feri.
updated: 17 March 2016 | 07:32pm

13 February 2016

FERRY SCHEDULE FOR MARCH 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING)


Assalamualaikum dan salam sejahtera dari abang Wan  buat semua rakan-rakan dan readers yang mengikuti perkembangan melalui abang Wan mengenai cuaca dan timetable perjalanan feri. Untuk pengetahuan semua abang wan baru sahaja mendapat jadual feri ini pagi tadi. hari ini abang Wan agak kelam kabut juga hehe.. tapi demi sahabat-sahabat abang, abang tidak melupakannya untuk sentiasa update jadual feri dan gamba-gambar aktiviti snorkeling dalam blog rasmi abang.. hehe
setakat ini dahulu abang nak coretkan. apa pun terima kasih kerana mnegikuti blog abang. lebih kurang abang Wan ingin memohon maaf andai ada salah dan silap.
update: 13 february 2016
4:58pm waktu Malaysia

09 February 2016

FERRY SCHEDULE FOR FEBRUARY 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING)


Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera dan selamat pagi.. 
apa khabar semua rakan-rakan & readers blog abang wan? abang wan harap anda semua berada didalam baik-baik sihat wa'afiat insyaAllah. Kalau kurang sihat jangan lupa makan ubat, jangan bekerja kuat sangat ye. 
untuk pengetahuan semua kawan-kawan, abang wan akan mulakan operasi pada 05 February 2016 nanti walaupun sudah ramai pengunjung-pengunjung blog yang hubungi melalui whatsapp dan call bertanya nak masuk Pulau pada bulan Januari tp untuk sediakan tiket feri sahaja boleh lah. Jadual feri bulan February dah seminggu abang ambil cuma baru hari ini abang dapat berblog, maaf ye sebab lambat.. 
Jika awak-awak semua dah ada penginapan tapi tiket feri takde lagi, boleh booking dengan abang wan, minta awak-awak klik link sebelah ni Tekan.

Harga Tiket feri adalah seperti dibawah:
Dewasa RM70 (pergi & balik)
Kanak-kanak RM60 (pergi & balik)
Service charges RM6 (seorang)

Sekian dahulu dari abang wan salam dari Pulau Tioman wassalam.

Categories

Aktiviti dan Cuaca di Pulau Tioman Bulan February 2015 BANJIR BERCUTI KE PULAU TIOMAN Berjaya Air sambung operasi Pulau Tioman BERTENGKAR SUAMI ISTERI CARA LAWAN NAFSU CINTA SEMAKIN PUDAR DUMBA BAY RESORT FERRY SCHEDULE FOR 2015 FERRY SCHEDULE FOR 2016 FERRY SCHEDULE FOR 2017 FERRY SCHEDULE FOR 2018 GADUH MEMANJANG GATAL Januari 2015 Kampong Genting KAMPUNG GENTING KAMPUNG JUARA KAMPUNG MUKUT KAMPUNG PAYA KAMPUNG SALANG KAMPUNG TEKEK KARGO TIOMAN LELAKI GATAL Marine Park MENGGATAL MH17 Terhempas Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman OPEN WATER SCUBA DIVER LICENSE PAKEJ BUDGET PULAU TIOMAN PAKEJ MURAH PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | PERCUTIAN KE LANGKAWI 2014 | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 PAKEJ PULAU TIOMAN MURAH 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN SALANG PAKEJ TERBAIK PULAU TIOMAN PANUBA INN RESORT PELAKON RESORT Perayaan PERCUTIAN PULAU TIOMAN 2014 Perutusan Perutusan Tahun Baru 2015 PULAU PULAU PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN MONSUN PULAU TIOMAN PAKEJ 2014 PULAU TIOMAN PAKEJ BAJET PULAU TIOMAN PAKEJ HONEYMOON PULAU-PULAU MALAYSIA RAKAMAN TV3 DI PULAU TIOMAN RAMADHAN AL-MUBARAK DARI TIOMAN ISLAND Renggis Island SEJARAH PULAU TIOMAN Snorkeling Di Pulau Tioman STAFF RESORT TANDA SEORANG LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN ISLAND TOMOK ISLAND TULAI ISLAND WAN TIOMAN WATERFALL WATERFALL KAMPUNG ASAH