Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman Masih Belum Terjawab


SELASA lalu, seorang warga Britain dilaporkan hilang di Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman selepas pergi ke kawasan itu secara bersendirian kira-kira jam 12 tengah hari.
Kehilangan Gareth David Huntley, 34, yang bekerja dan tinggal di Projek Juara Penyu, Kampung Juara di pulau tersebut disedari oleh rakannya yang kemudiannya membuat laporan polis.
Sehingga ke hari ini, usaha pihak polis, Pasukan Gerakan Am, Unit D8 Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang dan Unit K9 untuk mengesannya menerusi operasi mencari dan menyelamat masih belum membuahkan hasil.
Ketiadaan liputan di kawasan tersebut juga menyukarkan usaha untuk menemuinya menerusi isyarat telefon bimbit.
Justeru, menerusi laman Twitter, satu hashtag #findgareth telah diwujudkan oleh keluarga, rakan dan orang ramai sebagai usaha menyokong usaha mencari Gareth.

Post a Comment

0 Comments