![]() |
(Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil)Ukraine Tersalah Shoot MH17 !
Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.
Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC. Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama. “I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan. Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.
Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.
MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.
Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka. Menjadi persoalan utama kepada kita semua, MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???
Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.
Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu. Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini. Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah. Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas. Sekian laporan daripada Wan Tioman
cc: http://www.viraliyat.com
|
18 July 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Aktiviti dan Cuaca di Pulau Tioman Bulan February 2015
BANJIR
BERCUTI KE PULAU TIOMAN
Berjaya Air sambung operasi Pulau Tioman
BERTENGKAR SUAMI ISTERI
CARA LAWAN NAFSU
CINTA SEMAKIN PUDAR
DUMBA BAY RESORT
FERRY SCHEDULE FOR 2015
FERRY SCHEDULE FOR 2016
FERRY SCHEDULE FOR 2017
FERRY SCHEDULE FOR 2018
GADUH MEMANJANG
GATAL
Januari 2015
Kampong Genting
KAMPUNG GENTING
KAMPUNG JUARA
KAMPUNG MUKUT
KAMPUNG PAYA
KAMPUNG SALANG
KAMPUNG TEKEK
KARGO TIOMAN
LELAKI GATAL
Marine Park
MENGGATAL
MH17 Terhempas
Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman
OPEN WATER SCUBA DIVER LICENSE
PAKEJ BUDGET PULAU TIOMAN
PAKEJ MURAH PULAU TIOMAN
PAKEJ PULAU TIOMAN
PAKEJ PULAU TIOMAN 2014
PAKEJ PULAU TIOMAN 2015
PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND
PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | PERCUTIAN KE LANGKAWI 2014 | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND
PAKEJ PULAU TIOMAN 2016
PAKEJ PULAU TIOMAN MURAH 2014
PAKEJ PULAU TIOMAN SALANG
PAKEJ TERBAIK PULAU TIOMAN
PANUBA INN RESORT
PELAKON RESORT
Perayaan
PERCUTIAN PULAU TIOMAN 2014
Perutusan
Perutusan Tahun Baru 2015
PULAU PULAU PULAU TIOMAN
PULAU TIOMAN
PULAU TIOMAN MONSUN
PULAU TIOMAN PAKEJ 2014
PULAU TIOMAN PAKEJ BAJET
PULAU TIOMAN PAKEJ HONEYMOON
PULAU-PULAU MALAYSIA
RAKAMAN TV3 DI PULAU TIOMAN
RAMADHAN AL-MUBARAK DARI TIOMAN ISLAND
Renggis Island
SEJARAH PULAU TIOMAN
Snorkeling Di Pulau Tioman
STAFF RESORT
TANDA SEORANG LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN
Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam
TIOMAN
TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN ISLAND
TOMOK ISLAND
TULAI ISLAND
Tutorial collect tiket feri
WAN TIOMAN
WATERFALL
WATERFALL KAMPUNG ASAH

0 ulasan:
Post a comment