FERRY SCHEDULE FOR DECEMBER 2016 (MERSING - TIOMAN - MERSING)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Apa khabar semua sahabat, rakan - rakan yang berada jauh ataupun dekat.
Abang doakan kalian berada didalam keadaan sihat  sejahtera. Abang wan sibuk sikit dengan tugasan di Mersing sehingga memerlukan masa untuk update blog ni, dah berhabuk pun .. Abang minta maaf diatas kesulitan ini. kita telah pun berada di penghujung tahun dan yang menjadi perkara biasa pelancong pun sudah tidak kelihatan lagi seperti bulan - bulan yang lain.
Tapi kan, untuk pengetahuan awk - awak semua, pelancong masih ada yang memilih bulan November dan Disember untuk bercuti bersama keluarga, contohnya hari ini ada lebih kurang 50 orang yang masuk pulau untuk bercuti bersama keluarga dan cuaca untuk ketika ini mendung dan ada ombak sedikit. Jadi sedikit ringkasan dan penilaian anda sama ada boleh masuk pulau atau tidak itu bergantung kepada individu sendiri, feri juga beroperasi seperti biasa. Sekian sedikit info dari abang wan buat teman teman pencinta alam. abang tamat disini dengan ucapan wassalam.

Post a Comment

0 Comments