Perutusan Sempena Aidilfitri 1438H / 2017

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seperti mana yang kita maklum, kita telah hampir ke penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini. Minggu ini adalah yang terakhir kita umat Islam menunaikan ibadah berpuasa dan dijangka akan menyambut hari raya pada 25 Jun ini.
Dikesempatan ini saya mewakili seluruh penduduk di Kampung Genting, Pulau Tioman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam amnya dan semua pengunjung lama web rasmi Wan Pulau Tioman

Semoga kita dapat bersama-sama meraikan hari kemenangan ini dengan penuh rasa syukur atas segala limpah rahmatNya. Saya berharap tradisi kunjung mengunjung sesama kita dapat diteruskan dan menjadi amalan setiap musim perayaan kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim sanak saudara, sahabat handai dan seterusnya umat islam.

Dalam kesibukan melakukan persiapan menyambut lebaran, saya berharap agar kita tidak lupa akan keselamatan sepanjang menyambut hari lebaran ini. Terutamanya kepada warga perantauan yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika di jalan raya dan saya mendoakan agar perjalanan anda selamat.

Akhir kata, dikesempatan ini juga, saya menyusun jari nan sepuluh memohon keampunan dan kemaafan zahir dan batin atas segala kekhilafan yang telah dilakukan. Semoga kita semua mendapat rahmatNya dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan.

Selamat hari Raya Aidilfitri.

(Wan Muhammad Redhuan)
Pengurus,
Kampung Genting, Pulau Tioman.

Post a Comment

1 Comments

  1. I have read this post twice and I still can not understand the main aim of it. I would be very grateful, if someone, who knows, explained me.

    ReplyDelete