Perutusan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke 3 | Covid-19


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Perdana Menteri telah mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April. Walaupun perkara ini memang dijangkakan, namun saya percaya kebanyakkan daripada kita menerimanya dengan perasaan agak bercampur baur, lega dan setuju ianya dilanjutkan, tetapi juga sedikit rasa kecewa.

Negara kita pasti tidak mahu menghentikan segala langkah baik yang terhasil daripada PKP sehingga ini. Statistik jangkitan Covid-19 masih menunjukan harapan untuk dikawal dan kita perlu terus memainkan peranan masing-masing.

Saya menyeru kepada diri saya dan rakyat Malaysia dapat terus bersabar dan berdisplin ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi keselamatan kita semua dan orang yang kita sayangi. Kita akan terus berjuang dan tidak akan sesekali berputus asa dalam memastikan negara kita bebas wabak Covid-19.

Sama-samalah kita duduk dirumah dan berdoa kepada Allah S.W.T.. agar Allah S.W.T mengampunkan segala dosa kita, dosa keluarga kita, dosa sahabat - sahabat kita, dan semua dosa umat Islam di bumi ini.. Agar Allah S.W.T segera hentikan wabak Covid-19 ini daripada terus merebak..

Kepada pelanggan yang telah membuat tempahan bercuti pada tarikh mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya akan hubungi tuan puan untuk penukaran tarikh baru.

Saya mengambil peluang ini untuk melahirkan rasa berterima kasih kepada wira negara barisan hadapan kerana menjaga negara tercinta tanpa mengira masa dan tenaga.. Andalah wira kami!!

Yang berkhidmat,
Wan Pulau Tioman
0192941683



Post a Comment

0 Comments