Perutusan Sempena Bulan Ramadhan 1441H / 2020M


Alhamdulillah marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah yang telah memberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah di bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan dan keampunan.

Sempena bulan yang penuh keberkatan, kita semua termasuklah saya sendiri diseru agat memanfaatkan setiap detik dan hari dalam bulan yang mulia ini dengan meningkatkan amalan-amalan berfaedah. Amalan-amalan itu mestilah dilaksanakan dengan penuh keinsafan dan keikhlasan termasuk muhasabah diri bagi mendapatkan keredaan Allah s.w.t

Pada kesempatan bulan Ramadhan juga, saya wakil dari Kampung Genting, Pulau Tioman ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam yang beragama Islam tidak kira dimana jua anda berada. Semoga kita bersama-sama memanfaatkan sepenuhnya fadilat yang ada di bulan ini agar dijadikan amalan berterusan. Semoga segala amalan dan usaha kita akan diterima dan dikurniakan ganjaran sewajarnya dari Allah SWT. Saya mendoakan agar kita semua diberi kekuatan, hidayah dan inayahNya untuk meningkatkan ilmu, amal dan takwa di bulan Ramadhan ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang berkhidmat,
Wan Muhammad Redhuan



Post a Comment

1 Comments

  1. Casino Table Games - Harrah's Cherokee Casino Resort
    Harrah's Cherokee 남원 출장안마 Casino Resort. Harrah's Cherokee Casino Resort is located 익산 출장샵 in 오산 출장샵 Cherokee, North Carolina and is open daily 24 hours. It 남양주 출장샵 is 화성 출장안마

    ReplyDelete