01 June 2014

Berjaya Air sambung operasi Pulau Tioman


TEMERLOH - Syarikat Berjaya Air akan menyambung semula operasi perkhidmatan penerbangan mereka di Pulau Tioman bermula 1 Jun ini selepas dua bulan menggantung operasi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Pahang, Datuk Mohd Shakar Shamsudin berkata, dengan persetujuan itu akan membolehkan golongan premiere tourist yang biasanya menginap di hotel mewah untuk kembali melancong ke Pulau Tioman.


Menurutnya, golongan itu antara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong yang berkunjung ke pulau tersebut dan kebanyakan mereka menggunakan pengangkutan udara ke Pulau Tioman.


“Saya mengadakan perbincangan dengan Malaysia Airport Berhad (MAB), kementerian pengangkutan dan Berjaya Air sendiri bagi meneruskan semula operasi penerbangan yang digantung sementara sebulan lalu,” katanya.


Beliau berkata demikian sewaktu bersama penduduk kampung seluruh daerah Temerloh bergotong-royong menyediakan makanan sempena Istiadat Diraja Bersama Rakyat sempena majlis Berkhatan dan Bertindik Paduka-paduka Anakanda Tengku Muda Pahang di Kubang Gajah di sini, semalam.


Mohd Sharkar berkata, akibat penggantungan penerbangan itu, sebanyak 800 bilik yang biasanya ditempah pelancong golongan itu tidak laku dan menjejaskan pendapatan pengusaha hotel dan resort di situ.


Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, kerajaan akan meminta MAB mengkaji untuk memanjangkan landasan kapal terbang di Pulau Tioman kepada 200 meter.


Menurutnya, ia penting bagi membolehkan lebih banyak pesawat tambang murah yang boleh membawa hingga 80 penumpang mendarat di landasan itu.


“Buat masa ini, Berjaya Air membawa kapal terbang kecil yang hanya boleh membawa 50 penumpang kerana landasan sedia ada tidak cukup panjang.


“Banyak syarikat penerbangan seperti Maswing, FireFly dan lain-lain yang mempunyai pesawat yang boleh membawa sehingga 80 penumpang dan seterusnya akan menambah bilangan pelancong ke pulau tersebut.


“Diharap usaha menaik taraf landasan sedia ada akan dapat dilakukan dengan baik,” katanya.


untuk tempahan boleh terus ke layari atau klik disini http://www.berjaya-air.com/

Dato' Shakar


0 ulasan:

Post a Comment

Categories

Aktiviti dan Cuaca di Pulau Tioman Bulan February 2015 BANJIR BERCUTI KE PULAU TIOMAN Berjaya Air sambung operasi Pulau Tioman BERTENGKAR SUAMI ISTERI CARA LAWAN NAFSU CINTA SEMAKIN PUDAR DUMBA BAY RESORT FERRY SCHEDULE FOR 2015 FERRY SCHEDULE FOR 2016 FERRY SCHEDULE FOR 2017 GADUH MEMANJANG GATAL Januari 2015 Kampong Genting KAMPUNG GENTING KAMPUNG JUARA KAMPUNG MUKUT KAMPUNG PAYA KAMPUNG SALANG KAMPUNG TEKEK KARGO TIOMAN LELAKI GATAL Marine Park MENGGATAL MH17 Terhempas Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman OPEN WATER SCUBA DIVER LICENSE PAKEJ BUDGET PULAU TIOMAN PAKEJ MURAH PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | PERCUTIAN KE LANGKAWI 2014 | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 PAKEJ PULAU TIOMAN MURAH 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN SALANG PAKEJ TERBAIK PULAU TIOMAN PELAKON RESORT PERCUTIAN PULAU TIOMAN 2014 Perutusan Perutusan Tahun Baru 2015 PULAU PULAU PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN MONSUN PULAU TIOMAN PAKEJ 2014 PULAU TIOMAN PAKEJ BAJET PULAU TIOMAN PAKEJ HONEYMOON PULAU-PULAU MALAYSIA RAKAMAN TV3 DI PULAU TIOMAN RAMADHAN AL-MUBARAK DARI TIOMAN ISLAND Renggis Island SEJARAH PULAU TIOMAN Snorkeling Di Pulau Tioman STAFF RESORT TANDA SEORANG LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN ISLAND TOMOK ISLAND TULAI ISLAND WAN TIOMAN WATERFALL WATERFALL KAMPUNG ASAH