Polis Sahkan Mayat Lelaki Ditemui Di Pulau Tioman Adalah Huntley


Anggota Bomba dan Penyelamat membawa anjing pengesan ketika menyambung operasi mencari warga England Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Kampung Juara, Pulau Tioman ketika tinjauan fotoBernama di Rompin, hari ini. - Foto Bernama
Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di Pulau Tioman, rabu lalu adalah lelaki warga Britain, Gareth David Huntley yang dilaporkan hilang sejak 27 mei lalu. Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Pahang - Datuk Sharifuddin Abdul Ghani. Katanya - hasil ujian DNA yang dilakukan mendapati - spesimen darah ibu Huntley  Janet Southwell, 99.99 peratus sama dengan spesimen tulang mayat lelaki berkenaan. Keputusan dan interpretasi ujian DNA dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia Di Petaling Jaya. Rabu lalu - mayat seorang lelaki dijumpai di tepi sungai mentawak kira-kira 50 meter dari chalet penginapannya di Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman. Ketika ditemui sebahagian mayat sudah reput. Polis turut menjumpai telefon pintar milik mangsa. Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat terbabit. Ibu Huntley - Janet Southwell membuat proses pengecaman mangsa - khamis lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Pelancong Britain terbabit dilaporkan hilang 27 mei lalu selepas mengunjungi Air Terjun Lebuk Teja, berseorangan. Mangsa, mengunjungi Pulau Tioman 22 mei lalu untuk menghabiskan cutinya sebelum memulakan kerja baharunya di Singapura minggu depan.

Post a Comment

0 Comments