31 December 2014

Perutusan Tahun Baru 2015



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Saya wakil penduduk Pulau Tioman, terutama Kampung Genting ingin mengambil sedikit ruang dan peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015.

Sesungguhnya Tahun 2014 yang bakal meninggalkan kita telah banyak melukiskan memori suka dan duka, pahit dan manis sebagai seorang yang serba kekurangan. 

Sebagai peneraju pakej bercuti ke Pulau Tioman Terletak di Negeri Pahang ini, jauh di sanubari saya ingin sekali menyediakan banyak perkara sebagai kepuasan pelancong.

Nanum sebagai hamba Allah, saya hanya mempunyai kudrat upaya terbatas. Maka dalam keadaan ini saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kepada saya nikmat kesihatan dan kekuatan jiwa dan sebagainya.

Rakan teman yang tidak membiarkan saya bersendirian dan pelancong yang penuh dengan budaya ihsan. Terima kasih semua.

Kesempatan ini juga, saya bagi pihak Tok Ketua dan penduduk kampung Pulau Tioman ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pelancong dan semua yang terlibat tidak putus-putus meluangkan masa dan wang ringgit untuk datang bercuti ke Pulau Tioman.

Demikian episod-episod kenangan kita mengakhiri 2014.
Akhir sekali izinkan saya mengucapkan tiga perkara sebelum 2014 melabuhkan tirainya bagi membuka laluan kepada 2015 untuk mencatatkan nota-nota kehidupan

1. TERIMA KASIH

Terima kasih saya ucapkan kepada pelancong yang menghubungi saya sepanjang tahun 2014, semoga tidak jemu menghubungi saya dimasa akan datang.

2. MAAF

Saya dan penduduk memohon maaf diatas kesilapan dan keterlanjuran jika ada.

3. DOA

Saya mendoakan kebaikan kepada pelancong yang datang supaya selamat datang dan pulang sepanjang percutian dan memohon doa dari kalian supaya Pulau Tioman dijauhkan bala bencana, wabak penyakit yang berat.

Sesungguhnya hanya kepada Allah saya berserah.

Sekian, wassalam.



0 ulasan:

Post a Comment

Categories

Aktiviti dan Cuaca di Pulau Tioman Bulan February 2015 BANJIR BERCUTI KE PULAU TIOMAN Berjaya Air sambung operasi Pulau Tioman BERTENGKAR SUAMI ISTERI CARA LAWAN NAFSU CINTA SEMAKIN PUDAR DUMBA BAY RESORT FERRY SCHEDULE FOR 2015 FERRY SCHEDULE FOR 2016 FERRY SCHEDULE FOR 2017 GADUH MEMANJANG GATAL Januari 2015 Kampong Genting KAMPUNG GENTING KAMPUNG JUARA KAMPUNG MUKUT KAMPUNG PAYA KAMPUNG SALANG KAMPUNG TEKEK KARGO TIOMAN LELAKI GATAL Marine Park MENGGATAL MH17 Terhempas Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman OPEN WATER SCUBA DIVER LICENSE PAKEJ BUDGET PULAU TIOMAN PAKEJ MURAH PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | PERCUTIAN KE LANGKAWI 2014 | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 PAKEJ PULAU TIOMAN MURAH 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN SALANG PAKEJ TERBAIK PULAU TIOMAN PELAKON RESORT PERCUTIAN PULAU TIOMAN 2014 Perutusan Perutusan Tahun Baru 2015 PULAU PULAU PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN MONSUN PULAU TIOMAN PAKEJ 2014 PULAU TIOMAN PAKEJ BAJET PULAU TIOMAN PAKEJ HONEYMOON PULAU-PULAU MALAYSIA RAKAMAN TV3 DI PULAU TIOMAN RAMADHAN AL-MUBARAK DARI TIOMAN ISLAND Renggis Island SEJARAH PULAU TIOMAN Snorkeling Di Pulau Tioman STAFF RESORT TANDA SEORANG LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN ISLAND TOMOK ISLAND TULAI ISLAND WAN TIOMAN WATERFALL WATERFALL KAMPUNG ASAH