![]() |
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendukung anaknya (Sophea Isabella) sambil bergambar bersama peminatnya customer aku. |
31 August 2014
23 August 2014
16 August 2014
14 August 2014
08 August 2014
Cara Melawan Nafsu
Menurut Imam al-Ghazali:
Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi
lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya
sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya. Dengan
kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan, ia
perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan
dilayani keinginannya.
Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam Ghazali telah menganjurkan cara untuk menjinakkan nafsu :
1) Setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan.
Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya. Lemahkan tenaganya agar ia tidak liar. Amalan berpuasa akan membuatkan badan menjadi lemah dan sekaligus melemahkan keinginan nafsu. Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan mata daripada memandang yang haram, telinga daripada mendengar yang haram, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.
2) Diberikan tekanan atau deraan yang berat ke atasnya.
Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah. Cara mendera nafsu ialah dengan banyak melakukan ibadah. Terus menerus melakukan ibadah dengan harapan kemanisan beribadah dapat menjinakkan keinginan nafsu.
3) Mohon bantuan Allah.
Hendaklah berdoa, perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`). Sesungguhnya dengan pertolongan Allah jua, kita akan berjaya.

Nafsu
adalah ibarat kuda liar, sukar dikawal, merbahaya dan boleh
memudaratkan. Walau bagaimanapun dengan latihan yang betul, ia boleh
dijinakkan, dikawal dan memberi banyak manfaat.
Seorang cendekiawan Islam berkata,"Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan".
Imam Al-Ghazali mengatakan, "kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu lebih daripada Malaikat."
Imam Al-Ghazali mengatakan, "antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin."
Di dalam kitab "Al-Asas fit Tafsir", Said Hawa pernah berkata, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan hawa nafsu supaya ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara."
Wallahu a'lam.

06 August 2014
Panduan Terbaru untuk Berdamai Suami Isteri
Panduan Berdamai…
Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu
berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang
terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa
yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa
mereka bergaduh lagi.
Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai.
Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk
mencapai perdamaian yang tahan lama.
1. Jangan Merajuk
Sejak masih kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi
merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah
sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan
strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila
bergaduh, jangan suka merajuk.
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah
ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk
isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa
kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia
akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama
rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini
disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan
cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan
untuk memulakan proses berdamai.
Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.
Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan
memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu
adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan
keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan
dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya
sendiri.
2. Jangan Menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan
buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu,
masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak
memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak
yang satu lagi.
Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan.
Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi
bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung
untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan
tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan
sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman
akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk
hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya
menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu
berdamai, jangan menghukum.
3. Jangan Berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun
mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual
mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan
seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi
dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan
usaha berdamai.
4. Jangan Mencari Salah
Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini,
mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan
kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia
juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang
itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian
mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku
masalah dalam hubungan perkahwinan.
5. Berhentikan Bahasa Negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa
tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada
menggunakan bahasa negatif.
“Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu.” (tuduhan)
“Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?” (tuduhan)
“Ini salah awak juga.” (tuduhan)
“Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan
selalu bergaduh.” (tuduhan)
“Abang tak guna langsung.” (celaan)
“Awak tak senonoh!” (celaan)
“Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.” (celaan)
“Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan)
Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif.
Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta
suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.
Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.
6. Bercakaplah Tentang Hari Ini Dan Esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok.
Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan
kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara
yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi,
sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan
“dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu
sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan
“semalam”.
7. Senyum Semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki
terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum
lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang
mujarab untuk berdamai semula.
8. Mulakan Berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana
masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing
mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang
memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar
kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu
sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu
berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak
usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita
telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas
alasan kurang usaha.
9. Kenal Pasti Punca Masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak
dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan
berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang
suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu
tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan
konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah
itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku,
tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila
mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang
berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan
perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan
sehingga tercetusnya konflik.
a. “Awak tak bertanggungjawab.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup
tiap-tiap bulan.” (/)
b. “Awak degil.” (x)
“Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak
bantah.” (/)
c. “Awak sudah bosan dengan saya.” (x)
“Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya
tak berasa diri saya diabaikan.” (x)
10. Kenal Pasti Perubahan
Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh
kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui,
maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.
Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah
tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan
perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya
tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.
Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat “Awak biadab.” mempunyai
makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat
perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah
bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia
hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang “tidak biadab”.
a. “Jangan biadab pada saya.” (x)
“Jangan menengking saya.” (/)
b. “Jangan suka tunjuk gaya.” (x)
“Tak payahlah awak belajar main golf.” (/)
c. “Jangan pemalas.” (x)
“Jangan selalu tidur siang.” (/)
d. “Layan saya dengan betul.” (x)
“Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu.” (/)
e. “Jangan syirik.” (x)
“Jangan bomohkan saya.” (/)
Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu
dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia
memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok,
gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia
perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.
Gambar Menarik Pulau Tioman:
1. Gallery Pulau Tioman 1

Raya Pulau Tioman 2014 | 31/07/2014
Assalamualaikum.
Apa Khabar kengkawan yang disayangi. Korang semua masih di mood raya ke?
raya, raya juga.. Tioman jangan dilupakan huhu. aku kalau nak update memang banyak nak kena fikir, ye la kan. aku bukan dari golongan yang bijak pandai, yang yang aku nakl taip pun aku tak pasti hehe. belasah saje lah. Sebenarnya aku niat nak share lah sikit-sikit gambar sekitar Marine Park. pic ni raya ke-4 hari tu. Pelancong dah mula memenuhi Tioman. untuk pic seterusnya korang tunggu ya. aku kalau ada laptop senanglah nak update.. kikiki. insyaAllah ada duit lebih nanti aku akan sambar sebiji. Untuk mengelakkan dari ape yang aku melalut ni baik aku berhenti disini sahaja.. huhu. kalau korang nak masuk Tioman, jangan lupa call aku ok? 0192941683 wan tioman.
sekian dari aku wan! salam
Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
Aktiviti dan Cuaca di Pulau Tioman Bulan February 2015
BANJIR
BERCUTI KE PULAU TIOMAN
Berjaya Air sambung operasi Pulau Tioman
BERTENGKAR SUAMI ISTERI
CARA LAWAN NAFSU
CINTA SEMAKIN PUDAR
DUMBA BAY RESORT
FERRY SCHEDULE FOR 2015
FERRY SCHEDULE FOR 2016
FERRY SCHEDULE FOR 2017
FERRY SCHEDULE FOR 2018
GADUH MEMANJANG
GATAL
Januari 2015
Kampong Genting
KAMPUNG GENTING
KAMPUNG JUARA
KAMPUNG MUKUT
KAMPUNG PAYA
KAMPUNG SALANG
KAMPUNG TEKEK
KARGO TIOMAN
LELAKI GATAL
Marine Park
MENGGATAL
MH17 Terhempas
Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman
OPEN WATER SCUBA DIVER LICENSE
PAKEJ BUDGET PULAU TIOMAN
PAKEJ MURAH PULAU TIOMAN
PAKEJ PULAU TIOMAN
PAKEJ PULAU TIOMAN 2014
PAKEJ PULAU TIOMAN 2015
PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND
PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | PERCUTIAN KE LANGKAWI 2014 | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND
PAKEJ PULAU TIOMAN 2016
PAKEJ PULAU TIOMAN MURAH 2014
PAKEJ PULAU TIOMAN SALANG
PAKEJ TERBAIK PULAU TIOMAN
PANUBA INN RESORT
PELAKON RESORT
Perayaan
PERCUTIAN PULAU TIOMAN 2014
Perutusan
Perutusan Tahun Baru 2015
PULAU PULAU PULAU TIOMAN
PULAU TIOMAN
PULAU TIOMAN MONSUN
PULAU TIOMAN PAKEJ 2014
PULAU TIOMAN PAKEJ BAJET
PULAU TIOMAN PAKEJ HONEYMOON
PULAU-PULAU MALAYSIA
RAKAMAN TV3 DI PULAU TIOMAN
RAMADHAN AL-MUBARAK DARI TIOMAN ISLAND
Renggis Island
SEJARAH PULAU TIOMAN
Snorkeling Di Pulau Tioman
STAFF RESORT
TANDA SEORANG LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN
Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam
TIOMAN
TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN ISLAND
TOMOK ISLAND
TULAI ISLAND
WAN TIOMAN
WATERFALL
WATERFALL KAMPUNG ASAH