25 April 2020

Perutusan Sempena Bulan Ramadhan 1441H / 2020M


Alhamdulillah marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah yang telah memberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah di bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan dan keampunan.

Sempena bulan yang penuh keberkatan, kita semua termasuklah saya sendiri diseru agat memanfaatkan setiap detik dan hari dalam bulan yang mulia ini dengan meningkatkan amalan-amalan berfaedah. Amalan-amalan itu mestilah dilaksanakan dengan penuh keinsafan dan keikhlasan termasuk muhasabah diri bagi mendapatkan keredaan Allah s.w.t

Pada kesempatan bulan Ramadhan juga, saya wakil dari Kampung Genting, Pulau Tioman ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam yang beragama Islam tidak kira dimana jua anda berada. Semoga kita bersama-sama memanfaatkan sepenuhnya fadilat yang ada di bulan ini agar dijadikan amalan berterusan. Semoga segala amalan dan usaha kita akan diterima dan dikurniakan ganjaran sewajarnya dari Allah SWT. Saya mendoakan agar kita semua diberi kekuatan, hidayah dan inayahNya untuk meningkatkan ilmu, amal dan takwa di bulan Ramadhan ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang berkhidmat,
Wan Muhammad Redhuan



13 April 2020

Cara Collect Tiket Feri Ke Pulau Tioman Melalui Jeti Mersing Johor


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar semua rakyat Malaysia? saya mendoakan agar semuanya sentiasa berada didalam kesihatan yang baik dan terhindar daripada wabak virus corona yang sedang melanda seluruh dunia, insyaAllah. Hari ini kita telah pun memasuki hari yang ke 27 #dudukrumah susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Diharap kita terus bersabar #stayathome.

Mersing merupakan nama kepada daerah di timur laut negeri Johor. Daerah ini mempunyai keluasan 2836.6 km2     dan jumlah penduduk dari 80 hingga 90 ribu orang. Daerah ini terletak 128 km dari pusat bandar Johor Bahru.

Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Memandangkan kaunter tiket feri bukan lagi di satu kawasan atau dalam bangunan yang sama dengan terminal feri, saya terdetik untuk membuat tutorial cara nak collect tiket feri ke Pulau Tioman, agar dengan rakaman yang tidak seberapa ini dapat membantu para pelancong sewaktu tiba di terminal jeti nanti.

Dibawah adalah video cara untuk ambil tiket feri ke Pulau Tioman

1. Datang ke Mersing Habour Centre
2. Buat pembayaran cukai Taman Laut
3. Pergi ke jeti https://g.page/mersingjetty?share
4. Datang ke kaunter boarding, berikan tiket feri beberapa saat akan dikembalikan tiket feri dan menerima boarding pass
5. Tunggu panggilan warna boarding pass anda
6. Beratur
7. Naik feri
8. Selamat bercuti!

Jangan lupa like, share dan subcribe ya! :-)

   

Yang berkhidmat,
Wan Pulau Tioman
0192941683


12 April 2020

Perutusan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke 3 | Covid-19


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Perdana Menteri telah mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April. Walaupun perkara ini memang dijangkakan, namun saya percaya kebanyakkan daripada kita menerimanya dengan perasaan agak bercampur baur, lega dan setuju ianya dilanjutkan, tetapi juga sedikit rasa kecewa.

Negara kita pasti tidak mahu menghentikan segala langkah baik yang terhasil daripada PKP sehingga ini. Statistik jangkitan Covid-19 masih menunjukan harapan untuk dikawal dan kita perlu terus memainkan peranan masing-masing.

Saya menyeru kepada diri saya dan rakyat Malaysia dapat terus bersabar dan berdisplin ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi keselamatan kita semua dan orang yang kita sayangi. Kita akan terus berjuang dan tidak akan sesekali berputus asa dalam memastikan negara kita bebas wabak Covid-19.

Sama-samalah kita duduk dirumah dan berdoa kepada Allah S.W.T.. agar Allah S.W.T mengampunkan segala dosa kita, dosa keluarga kita, dosa sahabat - sahabat kita, dan semua dosa umat Islam di bumi ini.. Agar Allah S.W.T segera hentikan wabak Covid-19 ini daripada terus merebak..

Kepada pelanggan yang telah membuat tempahan bercuti pada tarikh mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya akan hubungi tuan puan untuk penukaran tarikh baru.

Saya mengambil peluang ini untuk melahirkan rasa berterima kasih kepada wira negara barisan hadapan kerana menjaga negara tercinta tanpa mengira masa dan tenaga.. Andalah wira kami!!

Yang berkhidmat,
Wan Pulau Tioman
0192941683



Categories

Aktiviti dan Cuaca di Pulau Tioman Bulan February 2015 BANJIR BERCUTI KE PULAU TIOMAN Berjaya Air sambung operasi Pulau Tioman BERTENGKAR SUAMI ISTERI CARA LAWAN NAFSU CINTA SEMAKIN PUDAR DUMBA BAY RESORT FERRY SCHEDULE FOR 2015 FERRY SCHEDULE FOR 2016 FERRY SCHEDULE FOR 2017 FERRY SCHEDULE FOR 2018 GADUH MEMANJANG GATAL Januari 2015 Kampong Genting KAMPUNG GENTING KAMPUNG JUARA KAMPUNG MUKUT KAMPUNG PAYA KAMPUNG SALANG KAMPUNG TEKEK KARGO TIOMAN LELAKI GATAL Marine Park MENGGATAL MH17 Terhempas Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman OPEN WATER SCUBA DIVER LICENSE PAKEJ BUDGET PULAU TIOMAN PAKEJ MURAH PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN PAKEJ PULAU TIOMAN 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2015 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 | PAKEJ PULAU TIOMAN 2017 | PERCUTIAN KE LANGKAWI 2014 | TIOMAN | PULAU TIOMAN | TIOMAN ISLAND PAKEJ PULAU TIOMAN 2016 PAKEJ PULAU TIOMAN MURAH 2014 PAKEJ PULAU TIOMAN SALANG PAKEJ TERBAIK PULAU TIOMAN PANUBA INN RESORT PELAKON RESORT Perayaan PERCUTIAN PULAU TIOMAN 2014 Perutusan Perutusan Tahun Baru 2015 PULAU PULAU PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN PULAU TIOMAN MONSUN PULAU TIOMAN PAKEJ 2014 PULAU TIOMAN PAKEJ BAJET PULAU TIOMAN PAKEJ HONEYMOON PULAU-PULAU MALAYSIA RAKAMAN TV3 DI PULAU TIOMAN RAMADHAN AL-MUBARAK DARI TIOMAN ISLAND Renggis Island SEJARAH PULAU TIOMAN Snorkeling Di Pulau Tioman STAFF RESORT TANDA SEORANG LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN TIOMAN ISLAND TOMOK ISLAND TULAI ISLAND Tutorial collect tiket feri WAN TIOMAN WATERFALL WATERFALL KAMPUNG ASAH